Bayar PTPTN guna KWSP/ Pay PTPTN using EPF
Cara Bayar PTPTN menggunakan KWSP/ How to Pay PTPTN using EPF
Assalamulaikum dan salam sejahtera, harini Kak Hin nak kongsi cara bayar PTPTN guna KWSP. Ehh! sebelum tu Kak Hin nak tanya ni, korang tahu tak akaun ke 2 KWSP boleh digunakan untuk buat bayaran Pendidikan seperti Loan PTPTN? Haa kalau korang rasa tak nak usik simpanan korang kat Tabung Haji ker, ASB ke, so why not korang guna akaun ke2 KWSP. Jangan risau kalau duit kwsp habis. bukan apa bagi Kak Hin sendiri, kita bukan keluar atas tujuan yang tak baik. tapi kita nak kecilkan atau kurangkan loan kita jugak. disamping itu, 60% masih ada lagi untuk simpanan hari tua. Betul tak? Ok lah, meh Kak Hin ajar satu persatu ya.
Kebanyakan dari kita nak guna KWSP bayar PTPTN sama ada tunggakan atau keseluruhan. Itu tidak menjadi masalah. Contoh yang Kak Hin boleh bagi disini, tunggakan/outstanding RM3k, tapi KWSP Cuma ada RM2k sahaja. Layak ke nak buat pengeluaran?? Layak sebenarnya, jika permohonan pengeluaran RM2k, baki tunggakan boleh guna duit sendiri sama ada sekaligus atau ansuran untuk 2-3kali.
Ok untuk tidak membuang masa, sini step by step untuk pengeluaran.
i- Daftar KWSP online atau i-akaun KWSP. Pendaftaran ini boleh dibuat dimana-mana cawangan KWSP ditempat korang. Jika telah ada, tetapi terlupa katalaluan atau belum mengemaskini no telefon, korang boleh menggubungi talian hotline KWSP di 03 – 8922 6000
ii- Login di https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
iii- Klik WITHDRAWAL – NEW APLICATION
iv- Withdrawal type – EDUCATION
v- Participating Institution – PTPTN
vi- Pay To – REDUCE STUDY LOAN
vii- Level of Study – DIPLOMA/IJAZAH/MASTER
viii- Next (Pop out)
ix- Lengkapkan alamat, alamat emel, no telefon.
x- Withdrawal information – Student Reference No (anda perlu mendapatkan no anda daripada pegawai PTPTN atau whatsapp ke nombor Kak Hin di 0194364504 untuk mendapatkan no reference anda.
xi- Letak amaun yang ingin anda keluarkan untuk membayar PTPTN.
Jika kali pertama memohon pengeluaran PTPTN, anda akan diminta untuk membuat pengesahan cap jari/thumbprint di pejabat KWSP/EPF terdekat. Jika sebelum ini telah membuat pengeluaran, dalam tempoh 14 hari duit akaun 2 KWSP/EPF anda akan ditolak. Jika nak semak pembayaran tu boleh je whatsapp Kak Hin. Nanti Kak Hin semakan.
Dbawah ni Kak Hin dah Screen Shot step by visual. haaaa senangkann?? sebab Kak Hin sayang korang laa. hehee
Ulasan
Catat Ulasan